
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 1 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Kawasan terlibat di Sarawak: Sibu, Sarikei, Sri Aman, Betong, Serian, Kuching, Limbang, Miri, Bintulu, Samarahan, Kapit
- Wilayah Sandakan: Kinabatangan, Tongod, Sandakan, Telupid, Labuk dan Sugut
- Tawau termasuk Lahad Datu
- Pedalaman Sabah: Pensiangan, Sipitang, Tenom, Sook, Beaufort, Membakut dan Keningau; Pantai Barat: Papar
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Sibu, Sarikei, Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Serian, Kuching, Limbang, Miri, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Samarahan dan Kapit (Song).
Di Sabah, kawasan terlibat ialah Sandakan (Kinabatangan, Tongod, Sandakan, Telupid dan Labuk & Sugut), Tawau (Lahad Datu), Pedalaman (Pensiangan, Sipitang, Tenom, Sook, Beaufort, Membakut dan Keningau) serta Pantai Barat (Papar).- BERNAMA