
ARAU, 17 Ogos – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Balai Menghadap Biru, Istana Arau.
- Komitmen memperkukuh integriti, akauntabiliti dan tadbir urus baik dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
- Menekankan pelaksanaan setiap amanah dengan ketelusan dan integriti.
- Penerapan nilai integriti dan budaya antirasuah sebagai asas 'rule of law' untuk membina keyakinan rakyat.
- Turut berangkat Raja Muda Perlis, menunjukkan sokongan institusi diraja terhadap usaha antirasuah.
Istana Arau menerusi kenyataan memaklumkan majlis mengadap tersebut mencerminkan komitmen berterusan terhadap usaha memperkukuh integriti, akauntabiliti serta tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan kepentingan memastikan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan berintegriti.
“Dalam konteks pentadbiran negeri, penerapan nilai integriti dan budaya antirasuah merupakan elemen penting berpaksikan ‘rule of law’ yakni ‘kedaulatan undang-undang’ dalam membina keyakinan rakyat terhadap institusi serta memastikan kelangsungan sistem penyampaian yang cekap, telus dan berakauntabiliti”, menurut kenyataan itu.
Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.