Malaysia, Vietnam perkukuh kerjasama sektor pertanian dan agromakanan

Foto FB Mohamad sabu

HANOI, 25 April – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mengetuai delegasi ke Vietnam bagi memperkukuh hubungan dua hala dalam sektor pertanian dan agromakanan antara Malaysia dan negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mempertingkat sekuriti makanan melalui perkongsian teknologi dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal.
  • Kerjasama memperkasakan pembangunan akuakultur dan berpotensi menjadikan kedua negara peneraju perikanan lestari.
  • Perdagangan antara Malaysia dan Vietnam kukuh, melibatkan eksport kopi, koko, teh, rempah dan makanan diproses.
  • Malaysia anggap Vietnam rakan strategik utama dalam keterjaminan makanan, khususnya sebagai pengeksport beras terbesar.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), lawatan tersebut bertujuan mempertingkat sekuriti makanan melalui perkongsian teknologi, selain memastikan bekalan makanan kekal stabil tanpa kebergantungan kepada pasaran tunggal pada masa hadapan.

“Kerjasama itu mampu memperkasakan pembangunan akuakultur serta berpotensi menjadikan Malaysia dan Vietnam sebagai peneraju sektor perikanan lestari,” kata Datuk Seri Mohamad.

Dalam tempoh Januari hingga Disember 2025, nilai perdagangan antara kedua-dua negara mencecah RM12.6 bilion, merangkumi eksport kopi, koko, teh, rempah dan makanan diproses.

KPKM turut memaklumkan Malaysia melihat Vietnam sebagai rakan strategik utama dalam agenda keterjaminan makanan negara, khususnya sebagai pengeksport terbesar beras ke Malaysia.

Sehubungan itu, kerajaan berharap kerjasama erat sedia ada dapat terus menjamin bekalan serta harga beras yang kompetitif dan stabil bagi keperluan pasaran tempatan.