fb fb fb fb fb

Malaysia galas tugas Pengerusi ASEAN 2025

Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone menyempurnakan simbolik serahan tugas Pengerusi ASEAN 2025 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Kebangsaan Vientiane, Laos hari ini. Foto AFP

VIENTIANE, 11 Oktober - Malaysia, hari ini menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025 daripada Laos.

Upacara simbolik serahan tugas diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh rakan sejawatan dari Laos, Sonexay Siphandone pada majlis penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.

Datuk Seri Anwar dalam ucapan selepas simbolik penyerahan tugas berkata, tahun 2025 akan menjadi satu bab penting di mana ASEAN akan tetap tegas memastikan Asia Tenggara kekal sebagai rantau yang aman, stabil dan makmur.

Beliau berkata, masa depan ASEAN mesti merangkumi penyertaan Timor-Leste, yang akan memperluaskan ekonomi rantau itu dan menyumbang kepada pencapaian visi besar kumpulan serantau itu.

Malaysia juga buat pertama kali turut memperkenalkan logo ASEAN Malaysia 2025.

Logo berkenaan memaparkan lambang ASEAN dalam kitaran berbentuk bunga raya dengan warna yang mewakili warna utama bendera semua negara anggota ASEAN.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu, iaitu pada tahun 1977, 1997, 2005, dan 2015.

Trainee2