fb fb fb fb fb

KUSKOP perkukuh daya saing koperasi, lebih 3700 terima latihan tahun ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR , 24 November - Sebanyak 2,804 koperasi menerima latihan pada tahun lalu, manakala 3,704 koperasi lagi dilatih pada tahun ini, sebagai usaha berterusan meningkatkan keupayaan dan daya saing koperasi.

Inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Institut Koperasi Malaysia (IKMa) itu bertujuan memastikan sektor koperasi terus berkembang sebagai pemacu penting ekonomi negara.

Usaha tersebut juga selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkukuh ekosistem koperasi melalui pembangunan modal insan dan peningkatan keupayaan pengurusan.

"Di bawah KUSKOP ada Dasar Koperasi Malaysia dan juga Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030.

"Di bawah Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi ini, empat teras strategik telah pun saya sebut berkenaan pembangunan ekosistem, pemerkasaan modal insan, pemerkasaan penggunaan digitalisasi dan juga peningkatan penggunaan teknologi", ujar Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Wong Kah Woh mewakili KUSKOP ketika membacakan teks jawapan bagi soalan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dalam sidang Dewan Rakyat. 

Tambah beliau, tahap digitalisasi koperasi yang akan dipantau secara berkala bagi memastikan koperasi benar-benar mengaplikasikan teknologi dalam pengurusan dan pembangunan perniagaan mereka.

ROSLINA BINTI DIN