fb fb fb fb fb

JKNT siasat kes tular wanita maut keracunan makanan beli di R&R

Kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan kecemasan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan wanita itu disahkan meninggal dunia.

KUALA TERENGGANU, 23 Disember- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman kini sedang jalankan siasatan berkenaan isu tular di Facebook berkenaan seorang wanita yang meninggal dunia selepas keracunan makanan.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku Selasa lalu di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R) Lebuh Raya Pantai Timur 2.

Mangsa berusia 54 tahun dan seorang lagi individu bersamanya, dikatakan membeli dan memakan sandwich di premis tersebut, sebelum mengalami gejala muntah dan cirit birit.

Mangsa kemudiannya pengsan dan pengadu percaya mereka telah memakan sandwich yang dipercayai sudah basi.

Kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan kecemasan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan wanita itu disahkan meninggal dunia.

Pihak JKNT mengambil keterangan pengendali makanan dan masih menunggu hasil ujian sampel makanan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

ZEHRA BINTI ZAMBRI