Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau

Foto RTM

MERSING, 23 Jun – Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai Edisi Piala Dunia menjadi platform merapatkan hubungan antara pihak kerajaan dengan komuniti menerusi pendekatan santai bersempena kejohanan bola sepak terbesar itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk berpeluang berkongsi pandangan dan mendapatkan maklumat terus daripada pihak kerajaan.
  • Usaha Jabatan Penerangan dan Komuniti MADANI menyampaikan maklumat dasar serta polisi kerajaan, khususnya kepada komuniti Endau.
  • Program diserikan dengan tayangan perlawanan Piala Dunia selepas RTM kembali memperoleh hak siaran eksklusif.

Setiausaha Politik Menteri Komunikasi, Abdullah Izhar Mohamed Yusof berkata program itu membolehkan penduduk berkongsi pandangan dan mendapatkan maklumat secara terus daripada pihak kerajaan.

“Program ini merupakan antara usaha Jabatan Penerangan dan Komuniti MADANI untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat menerusi sesi sembang santai, selain menyampaikan maklumat mengenai dasar kerajaan kepada komuniti setempat, khususnya di Endau,” katanya.

Beliau ditemui pada program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai Edisi Piala Dunia di Endau di sini, hari ini.

Program itu turut melibatkan tayangan perlawanan Piala Dunia sebagai langkah memeriahkan kejohanan berkenaan bersama komuniti selepas RTM kembali memperoleh hak siaran eksklusifnya.

Inisiatif berkenaan diharap dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.