
KUALA LUMPUR, 16 September- Indeks Pencemar Udara (IPU) di beberapa kawasan Lembah Klang mencatat bacaan pada tahap tidak sihat setakat pukul 10.00 pagi ini, dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi 187, diikuti Cheras, Kuala Lumpur (179) dan Putrajaya (176).
- Beberapa negeri termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Terengganu, Johor, Kedah dan Kelantan rekod IPU tidak sihat.
- Semua kawasan pemantauan Sarawak rekod bacaan sederhana; Kuching mencatat bacaan tertinggi 71.
- IPU 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat; layari laman JAS atau muat turun aplikasi MyJAS EQMS untuk maklumat terkini.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Shah Alam mencatat bacaan 175, diikuti Batu Muda (172), Petaling Jaya (168), Banting (167), Klang (166) dan Kuala Selangor (164).
Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di 31 kawasan lagi melibatkan sembilan negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Terengganu, Johor, Kedah dan Kelantan.
Di Perak, Seri Manjung merekodkan bacaan tertinggi iaitu 166, diikuti Tanjung Malim (164), Tasek Ipoh (163), Taiping (159) dan Pegoh Ipoh (145), manakala di Pulau Pinang, Minden mencatat 167, Balik Pulau (164) dan Seberang Jaya (162).
Bagi Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan 177, diikuti Seremban (174) dan Port Dickson (159), manakala di Pahang, Temerloh mencatat 162, Jerantut (161), Indera Mahkota Kuantan (156), Balok Baru Kuantan (153) dan Rompin (114).
Di Melaka, kawasan Bukit Rambai (163), Alor Gajah (159) dan Bandaraya Melaka (152), manakala Terengganu melibatkan Kuala Terengganu (164), Kemaman (153) dan Paka (151)
Johor pula bacaan tidak sihat direkodkan di Tangkak (158), Pasir Gudang (151), Batu Pahat (130) dan Kluang (117), manakala Kedah melibatkan Sungai Petani (157), Kulim Hi-Tech (155) dan Alor Setar (129).
Di Kelantan, Tanah Merah mencatat bacaan 153.
Sementara itu, semua stesen pemantauan di Sarawak berada pada paras sederhana, dengan Kuching mencatat bacaan tertinggi 71, diikuti Sibu (67), Samarahan (64), Serian (63), Bintulu (59), Kapit (55), Sri Aman (54), Samalaju (52) dan Mukah (52).
Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.