JITRA, 2 Oktober- Operasi pencarian pesara Pegawai Kewangan Felcra Sabari Baharom, 62 tahun memasuki hari ketiga diteruskan pukul 10.00 pagi tadi.
Namun setakat pukul 11.00 pagi, tiada sebarang petunjuk ditemukan ke atas mangsa yang disyaki dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, di sini.
Radius pencarian Sabari meliputi 13 kilometer sepanjang sungai terbabit bermula dari Jambatan Lubuk Batu ke Jambatan Kepala Batas .
Operasi hari ini melibatkan anggota serta pegawai Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Selain itu lokasi pencarian di Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang menjadi tumpuan orang ramai sejak semalam.
Sementara itu, isteri Sabari, Subhiah Roslina Shahibi turut berada di lokasi pencarian bagi mengetahui perkembangan suaminya sejak semalam.
Sebelum ini media melaporkan Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh mengesahkan penahanan suspek dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan kes tersebut.
Berita kehilangan Sabari mendapat perhatian sejak 4 September lalu dan kereta dinaiki mangsa ditemukan hangus di Belantik, Sik.
BERITA BERKAITAN: