Kumpulan pertama TAWAS terima manfaat

Penerima yang masih belum membuat tuntutan diberi tempoh sehingga setahun

KLANG, 3 Oktober – Seramai 21,000 penerima kumpulan pertama Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) layak menerima manfaat RM1,500, seorang tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM31 juta bagi pelaksanaan TAWAS.
  • Setakat ini 13,000 penerima telah membuat tuntutan manfaat.
  • TAWAS menyediakan manfaat kewangan kepada anak Selangor apabila mencapai usia 18 tahun; penerima diberi setahun untuk menuntut.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM31 juta bagi tujuan itu, dengan 13,000 penerima telah membuat tuntutan setakat ini.

“Penerima yang masih belum membuat tuntutan diberi tempoh sehingga setahun untuk mendapatkan manfaat berkenaan,”katanya selepas merasmikan Program Tuaian Anak Harapan (TUAH) TAWAS dan Penyerahan Manfaat RM1,500 kepada penerima di Pusat Konvensyen KSL.

TAWAS merupakan inisiatif kerajaan negeri yang menyediakan manfaat kewangan kepada anak Selangor apabila mencapai usia 18 tahun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.