IAT Johor 2026 perluas pasaran, perkukuh jenama produk tempatan

IAT Johor 2026 antara lain meningkatkan daya saing produk tempatan 

JOHOR BAHRU, 3 Oktober – Penganjuran Ekspo Industri Asas Tani (IAT) Johor 2026 yang berlangsung tiga hari sehingga 4 Oktober, menjadi platform usahawan industri asas tani memperluas pasaran, memperkukuh jenama dan meningkatkan daya saing produk tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • 50 usahawan daripada 10 daerah terpilih menyertai Ekspo IAT Johor 2026.
  • 150 permohonan diterima, hanya 50 usahawan terpilih kerana potensi jualan tinggi.
  • 130 usahawan mendapat manfaat peruntukan RM4.1 juta untuk intervensi, naik taraf bengkel, pembungkusan, IoT dan AI.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Israk Abdullah memaklumkan 50 usahawan daripada 10 daerah terpilih menyertai ekspo kali ini.

“Kita telah menerima 150 permohonan dan daripada angka itu hanya 50 usahawan sahaja terpilih yang mempunyai potensi jualan yang tinggi,”katanya selepas merasmikan Ekspo IAT Johor 2026.

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan 130 usahawan memperoleh manfaat peruntukan RM4.1 juta yang merangkumi bantuan intervensi, naik taraf bengkel, pembungkusan serta aplikasi teknologi IoT dan AI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.