Penggubalan RUU Warga Emas pastikan kebajikan terjamin

RUU dirangka dengan memberi tumpuan khusus kepada perlindungan warga emas mencakupi pelbagai aspek

AYER KEROH, 3 Oktober – Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas bakal dikemukakan kepada Kabinet sebagai usaha memperkukuh aspek perlindungan serta kesejahteraan golongan sasar dengan antara fokusnya meliputi aspek perlindungan fizikal serta mental warga emas.

RINGKASAN BERITA AI
  • RUU dirangka untuk memastikan warga emas dijaga dengan baik dan menikmati kehidupan sejahtera.
  • Langkah persediaan kerajaan bagi memastikan kebajikan warga emas terjamin menjelang negara menua pada 2036.
  • Penggubalan menunjukkan komitmen memperkukuh sistem sokongan, pelindungan dan penjagaan mengikut keperluan semasa.
  • KPWKM diberi tanggungjawab mengemukakan kertas cadangan pembentukan RUU dalam tempoh enam bulan sejak Mei.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, RUU itu dirangka dengan memberi tumpuan khusus kepada perlindungan warga emas mencakupi pelbagai aspek, termasuk memastikan golongan berkenaan sentiasa dijaga dengan baik dan dapat menjalani kehidupan yang sejahtera.

“Ia juga merupakan langkah persediaan kerajaan ke arah memastikan kebajikan warga emas terjamin selari jangkaan Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang 2036,”katanya selepas merasmikan sambutan Hari Warga Emas peringkat kebangsaan 2026 di MITC, di sini.

Penggubalan RUU berkenaan juga antara komitmen memastikan sistem sokongan, pelindungan serta penjagaan warga emas diperkukuh agar relevan dengan keperluan semasa dan perubahan demografi negara pada masa depan.

KPWKM terdahulu, diberi tanggungjawab mengemukakan kertas cadangan kepada pembentukan RUU itu dalam tempoh enam bulan sejak Mei lepas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.