Gempa bumi sederhana 5.7 magnitud landa Rantau Flores, Indonesia

Facebook: Malaysian Meteorological Department (METMalaysia)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos– Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda Rantau Flores, Indonesia pada 8.46 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia memaklumkan pusat gempa pada kedalaman 10 kilometer, koordinat 8.4 darjah Selatan dan 121.5 darjah Timur.
  • Pusat gempa terletak kira-kira 302 kilometer barat laut dari Kupang, Indonesia.
  • METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Sebelum ini gempa 5.1 dikesan di Laut Flores malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, dengan koordinat 8.4 darjah Selatan dan 121.5 darjah Timur.

Pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 302 kilometer barat laut dari Kupang, Indonesia.

METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

Sebelum ini, gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 dikesan berlaku di Laut Flores, Indonesia pada pukul 9.38 malam tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.