
KUALA KRAI, 5 Mei – Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta berhampiran Simpang Tiga Manik Urai Lama, di sini pagi tadi.
- Balai Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.12 pagi; enam anggota dengan satu jentera dihantar ke lokasi.
- Mangsa maut dikenal pasti iaitu pemandu pacuan empat roda Mohd Yusof Mat Yasim, 64, dan penumpang kereta Muhammad Irfan Zaidin, 20.
- Tiga lagi cedera termasuk wanita OKU Nur Hakimah Mohd Yusof, 31, Hasrah Hassan, 61, dan pemandu kereta Muhammad Hakimi Hakim Ibrahim, 24.
- Pasukan bomba mengeluarkan mangsa cedera dan menghantar mereka ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai; mayat diserahkan kepada polis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.12 pagi sebelum enam anggota dengan satu jentera bomba ke lokasi kejadian.
“Hasil pemeriksaan mendapati, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, masing-masing pemandu pacuan empat roda iaitu Mohd Yusof Mat Yasim, 64 tahun dan penumpang kereta, Muhammad Irfan Zaidin, 20 tahun yang cedera parah akibat kemalangan tersebut.
“Manakala tiga lagi mangsa mengalami kecederaan, iaitu wanita orang kurang upaya (OKU), Nur Hakimah Mohd Yusof, 31 tahun, Hasrah Hassan, 61 tahun yang merupakan penumpang pacuan empat roda dan pemandu kereta Muhammad Hakimi Hakim Ibrahim, 24 tahun,” katanya.
Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang cedera sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Mayat kedua-dua mangsa yang maut pula diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.