Dana Palestin diurus telus, tertakluk tadbir urus ketat

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan /Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Pengurusan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dilaksanakan secara telus dan tertakluk kepada mekanisme tadbir urus yang ketat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Diaudit oleh Ketua Audit Negara; laporan pengurusan dibentangkan berkala kepada Jemaah Menteri.
  • Menafikan dakwaan media sosial bahawa bantuan disalurkan sewenang-wenangnya kepada NGO.
  • Op Ihsan ditubuhkan kementerian dan menghimpunkan 38 badan termasuk Mercy Malaysia.
  • Bantuan dihantar terus kepada UNRWA, OCHA, Red Crescent dan Mercy Malaysia, termasuk bantuan makanan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, akaun amanah yang ditubuhkan di bawah Kementerian Luar itu turut diaudit oleh Ketua Audit Negara, manakala laporan pengurusannya dibentangkan secara berkala kepada Jemaah Menteri.

Beliau menegaskan dakwaan di media sosial kononnya bantuan disalurkan sewenang-wenangnya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah tidak benar.

“Tidak betul, apa yang disebut di dalam media sosial mengatakan kita memberi sewenang-wenangnya kepada NGO. Op Ihsan ini ditubuhkan oleh kementerian dan menghimpunkan 38 badan termasuk Mercy Malaysia.

“Kita betul-betul memastikan bahawa bantuan Tabung Amanah Kebajikan Rakyat Palestin ini benar-benar sampai ke sana. Sebab itu kita bagi terus kepada UNRWA, OCHA, Red Crescent dan Mercy Malaysia. Kita juga memberi bantuan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.