
KUALA LUMPUR, 23 Jun – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menghubungi bakal Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) sesi ke-81, Khalilur Rahman, bagi memastikan tekanan antarabangsa terhadap Israel terus dipertingkatkan.
- Malaysia akan mempergiat usaha diplomatik untuk menghentikan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat dan serangan ke atas Lubnan.
- Sekiranya undian Perhimpunan Agung melebihi 140 negara, ia dianggap tekanan besar terhadap Israel.
- Isu ini memerlukan diplomasi peringkat tinggi melalui PBB dan Majlis Keselamatan PBB.
- Malaysia juga akan terus menggunakan platform antarabangsa lain termasuk OIC dan BRICS untuk meningkatkan tekanan terhadap Israel.
Langkah itu selari komitmen Malaysia dalam mempergiat usaha diplomatik bagi menghentikan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat serta
serangan ke atas Lubnan.
“Sekiranya undian di Perhimpunan Agung nanti melebihi 140 negara, ia akan menjadi tekanan besar terhadap Israel.
Ini isu besar yang memerlukan diplomasi peringkat tinggi melalui PBB dan Majlis Keselamatan PBB,” katanya pada Sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini.
Khalilur Rahman, yang juga Menteri Luar Bangladesh, dipilih mengetuai UNGA sesi ke-81 dalam pemilihan pada awal Jun lalu dan akan mengambil alih jawatan secara rasmi pada 8 September ini.
Selain PBB, Malaysia juga akan terus menggunakan platform antarabangsa lain termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan BRICS bagi meningkatkan tekanan antarabangsa terhadap Israel.