KKM belanjakan lebih RM3 juta laksana MyCHAMPION

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) semasa hadir pada majlis Perasmian Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026 Peringkat Kebangsaan di sebuah pusat beli belah, Ayer Keroh/ BERNAMA

AYER KEROH, 1 November – Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan sebanyak RM3.381 juta bagi pelaksanaan program Ejen Kesihatan Komuniti Malaysia (MyCHAMPION) dari 2025 hingga Oktober lalu, melibatkan lebih 200 permohonan di seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • MyCHAMPION memperkukuh penglibatan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan penjagaan kesihatan, khasnya bagi menangani penyakit tidak berjangkit.
  • Sistem kesihatan perlu beralih daripada fokus rawatan kepada pendekatan preventif, promotif dan prediktif untuk mengekalkan rakyat sihat.
  • Program MyChampion Kombi dan lain-lain digerakkan bersama ketua komuniti melalui K-Mindset untuk menitikberatkan kesihatan mental.
  • Inisiatif ini melibatkan kerajaan, sektor swasta, NGO dan masyarakat; 19 sukarelawan MyCHAMPION menerima geran lebih RM834,000.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata peruntukan itu bagi memperkukuh penglibatan masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran serta penjagaan kesihatan, khususnya menangani penyakit tidak berjangkit atau NCD.

Sistem kesihatan negara perlu beralih daripada pendekatan yang hanya menumpukan kepada rawatan pesakit kepada usaha memastikan rakyat kekal sihat melalui penjagaan kesihatan preventif, promotif dan prediktif.

Pendekatan itu dilihat sebagai medium penting dalam mendepani cabaran penyakit tidak berjangkit yang semakin memerlukan perhatian, selain memperkukuh peranan klinik kesihatan dan pakar perubatan keluarga.

“Ini bagi menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama dengan kami dalam usaha menangani isu berkaitan penyakit berjangkit menerusi MyChampion Kombi dan program-program lain.

“Selain itu, keutamaan turut diberikan kepada aspek penjagaan kesihatan mental melalui pelaksanaan program K-Mindset yang melibatkan ketua-ketua komuniti sebagai penggerak utama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Inisistif berkenaan merupakan sebahagian pendekatan keseluruhan komuniti yang menggalakkan penglibatan pelbagai agensi termasuk kerajaan sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat.

Pada majlis itu, seramai 19 sukarelawan Ejen Kesihatan Komuniti Malaysia (MyCHAMPION)menerima geran berjumlah lebih RM834,000.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.