Peruntukan prasarana Kampung Baru Cina naik melebihi RM100 juta

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Peruntukan bagi membaik pulih dan menaik taraf prasarana Kampung Baru Cina ditingkatkan kepada lebih RM100 juta, termasuk bagi membaiki serta membina semula kemudahan yang uzur.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan ditingkatkan untuk membaik pulih dan menaik taraf prasarana Kampung Baru Cina, termasuk membaiki dan membina semula kemudahan uzur.
  • Langkah ini bertujuan memastikan prasarana Kampung Baru Cina terus berada dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan penduduk.
  • Peruntukan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam berdaftar turut ditingkatkan kepada RM80 juta.
  • Kedua-dua inisiatif menyokong usaha kerajaan memperkukuh kemudahan komuniti serta keperluan penduduk dan rumah ibadat di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memastikan prasarana di Kampung Baru Cina terus berada dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan penduduk setempat.

Dalam perkembangan berkaitan, peruntukan bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam berdaftar turut ditingkatkan kepada RM80 juta.

Peningkatan peruntukan itu membolehkan kerja penyelenggaraan dilaksanakan bagi memastikan rumah ibadat berdaftar terus berada dalam keadaan baik dan selamat untuk kegunaan masyarakat.

Kedua-dua inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh kemudahan komuniti serta menyokong keperluan penduduk dan rumah ibadat di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.