100,000 lagi langganan AI percuma untuk anak muda

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Sebanyak 100,000 lagi langganan kecerdasan buatan (AI) percuma akan disediakan kepada anak muda, susulan sambutan menggalakkan yang diterima terhadap inisiatif berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri tekankan kepentingan anak muda menguasai coding, sains data dan teknologi kuantum sebagai persediaan untuk masa hadapan.
  • Platform Rakyat Digital tawarkan akses percuma Coursera untuk lebih 16,000 kursus dan program Sijil Profesional daripada universiti terkemuka.
  • Peruntukan RM6 bilion untuk penyelidikan dan pengkomersialan; hampir RM15 juta kepada AI Malaysia Berhad bagi ekosistem AI selamat dan sasaran 200,000 tenaga mahir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu turut memperluas akses kepada aplikasi AI baharu seperti ChatGPT.

“Sering saya tekankan kepentingan anak muda menguasai lapangan masa hadapan seperti coding, sains data dan teknologi kuantum,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Menurut Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan, Platform Rakyat Digital menyediakan akses kepada kursus digital secara percuma, hasil kerjasama bersama Coursera, untuk mengikuti lebih 16,000 kursus dan program Sijil Profesional daripada universiti dan organisasi industri terkemuka dunia.

“Secara keseluruhan, RM6 bilion diperuntukkan bagi memperhebat aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ciptaan rentas kementerian.

“AI Malaysia Berhad pula menerima hampir RM15 juta bagi memperkukuh ekosistem AI yang selamat dan beretika, menuju sasaran 200 ribu tenaga mahir AI,” katanya.

Selain itu, dana MDEC sebanyak RM30 akan membantu 4,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menerapkan AI serta mengautomasi operasi.

“Program itu turut melatih dan memperakui 5,000 profesional AI,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.