Kerajaan tegas perangi rasuah, kembalikan autonomi Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini./ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Kerajaan MADANI menegaskan komitmen membanteras rasuah sistemik dan memulihkan autonomi Parlimen bagi memastikan kuasa tidak disalahgunakan, undang-undang ditegakkan serta wang rakyat diurus dengan penuh amanah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Belanjawan menguji integriti institusi dan kebertanggungjawaban kerajaan.
  • Rasuah sistemik dibanteras habis-habisan; RCI Tabung Haji, FELDA dan 1MDB dijadikan peringatan.
  • Autonomi Parlimen dipulihkan selepas lebih tiga dekad, termasuk penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas dan pengenalan PMQT.
  • Memperkukuh institusi dan tadbir urus penting untuk ekonomi kukuh, keyakinan rakyat dan pengurusan wang awam berintegriti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata belanjawan bukan sekadar berkaitan pengiraan hasil dan pembahagian peruntukan, sebaliknya turut menguji integriti institusi serta kebertanggungjawaban kerajaan.

“Ekonomi tidak mungkin teguh di atas institusi yang rapuh.

“Penyalahgunaan kuasa boleh mengakibatkan kerugian yang melangkaui aspek kewangan, termasuk menjejaskan hak rakyat dan maruah negara,” tegas Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2027, hari ini.

Beliau turut merujuk isu RCI Tabung Haji, kemelut FELDA dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai peringatan mengenai kesan penyalahgunaan kuasa.

“Rasuah yang sistemik dan berakar umbi dibanteras habis-habisan,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan menekankan usaha memulihkan wibawa Parlimen melalui pengembalian autonomi institusi berkenaan selepas lebih tiga dekad.

“Setelah lebih tiga dekad, akhirnya autonomi Parlimen dikembalikan. Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuhkan dan pengenalan PMQT untuk Perdana Menteri disoal secara langsung.

“Usaha memperkukuh institusi dan tadbir urus itu dilihat sebagai sebahagian daripada asas penting untuk membina ekonomi yang kukuh, meningkatkan keyakinan rakyat dan memastikan pengurusan wang awam dilaksanakan secara berintegriti,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.