BUDI Agri-Komoditi pastikan kelangsungan golongan sasar

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah Azizan (kiri) bersama Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Mohd Ishak Ayub (dua kiri) bertanya sesuatu dengan penerima SARA ketika meninjau pelaksanaan SARA di kedai Tsen Kyun Kee Jalan Tuaran Pekan Manggatal hari ini/ Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 23 Jun – BUDI Agri-Komoditi membantu golongan petani dan pekebun kecil untuk terus menerima bantuan bersasar, selain memastikan kebajikan serta kelangsungan sektor berkenaan terus terpelihara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penerima layak akan menerima bantuan tunai RM400 sebulan untuk pembelian diesel.
  • Langkah menggantikan subsidi diesel lama RM2.15 seliter khusus Sabah dan Sarawak.
  • Kerajaan bekerjasama dengan KPKM dan KPK bagi mengenal pasti penerima yang layak.
  • Bantuan boleh digunakan untuk membeli diesel tanpa had kuota, mengurangkan kos operasi harian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata menerusi inisiatif itu, pekebun dan petani yang layak di seluruh negara akan menerima bantuan tunai sebanyak RM400 sebulan untuk membeli diesel, berbanding subsidi diesel RM2.15 seliter yang ditetapkan kepada Sabah dan Sarawak sebelum ini.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaikan taklimat berkenaan pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel kepada media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Kerajaan katanya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk mengenalpasti petani dan pekebun yang memenuhi syarat kelayakan.

BUDI Agri-Komoditi membolehkan penerima yang layak menggunakan bantuan untuk membeli diesel pada harga pasaran tanpa sebarang had kuota pembelian sekali gus membantu mengurangkan beban kos operasi harian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.