Lebih RM12 juta bantuan bakal dinikmati 10,307 pesawah dan nelayan

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 23 Jun – Seramai 7,387 pesawah di Selangor bakal menerima bantuan tunai RM500 bagi setiap hektar sawah yang diusahakan menerusi Fasa 1 Bantuan
Khas Pesawah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri memperuntukkan RM8.5 juta untuk pesawah dan RM3.92 juta untuk nelayan bagi mengukuh sektor agromakanan.
  • Bantuan Khas Pesawah akan disalurkan terus ke akaun Agrobank penerima dalam masa terdekat.
  • Bantuan bertujuan mengurangkan beban pesawah susulan peningkatan kos bahan api operasi jentera pertanian.
  • Bantuan nelayan meliputi penerima sedia ada dan tambahan kategori C1; setiap nelayan terima RM1,800 untuk enam bulan.

Manakala seramai 2,920 nelayan pula akan menerima bantuan tambahan subsidi petrol dan diesel sebanyak RM300 sebulan selama enam bulan.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Ir Izham Hashim berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM8.5 juta untuk bantuan pesawah dan RM3.92 juta bagi nelayan sebagai usaha memperkukuh sektor agromakanan serta menjamin kesejahteraan golongan terbabit.

Bantuan Khas Pesawah akan disalurkan terus ke akaun Agrobank penerima dalam masa terdekat.

“Bantuan itu bertujuan mengurangkan beban pesawah khususnya susulan peningkatan kos bahan api untuk operasi jentera pertanian,” katanya ketika menggulung perbahasan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 pada Sidang Khas Dewan Negeri Selangor, di Shah Alam.

“Bantuan nelayan pula merangkumi 2,178 penerima sedia ada serta tambahan 742 nelayan kategori C1 yang turut dimasukkan sebagai penerima.

“Secara keseluruhan, setiap nelayan akan menerima bantuan bahan api berjumlah 1 ribu 800 ringgit bagi tempoh enam bulan,” katanya.

Kedua-dua bantuan disalurkan melalui Pakej Daya Tahan Selangor dan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.