Banjir Miri: Angka penduduk terjejas meningkat

KUCHING, 4 Januari – Penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri meningkat sebanyak 114 orang, setakat pukul 10.00 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah penduduk terjejas di PPS meningkat kepada 161 orang dari 52 ketua isi rumah.
  • Wakil pihak berkuasa melaporkan peningkatan itu berlaku setakat pukul 10.00 malam tadi.
  • Penduduk yang dipindahkan datang dari Kampung Kawang dan Kampung Jenggalas, Bekenu.
  • Pusat pemindahan sementara berlokasi di Dewan Serbaguna SMK Bekenu, Miri.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia menjadikan jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir di PPS tersebut sebanyak 161 orang daripada 52 Ketua Isi Rumah.

“Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Kawang dan Kampung Jenggalas di Bekenu,” menurut kenyataan itu.