
PONTIAN, 25 April – Sebanyak 672 Notis Pengeluaran Kesalahan (NPK) bagi kesalahan membuang sampah kecil merata-rata, dikeluarkan di Johor, sejak awal tahun hingga kini.
RINGKASAN BERITA AI
- Notis dikeluarkan menerusi Operasi Penguatkuasaan Sampah Kecil.
- Operasi melibatkan 378 warga tempatan dan 294 warga asing.
- Lapan individu menjalani hukuman perintah khidmat masyarakat di negeri itu.
- Rekod mencerminkan ketegasan SWCorp menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah.
Notis tersebut dikeluarkan menerusi Operasi Penguatkuasaan Sampah kecil, melibatkan 378 warga tempatan, dan 294 warga asing.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed, lapan individu telah menjalani hukuman perintah khidmat masyarakat di negeri itu.
Rekod itu mencerminkan ketegasan SWCorp menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah.