fb fb fb fb fb

30 malim gunung kibar Jalur Gemilang, bendera Sabah di puncak Kinabalu

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Sabah membawa Jalur Gemilang dan Bendera Sabah untuk dikibarkan di Puncak Gunung Kinabalu

KUNDASANG, 19 Ogos - Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Sabah hari ini mencipta sejarah apabila 30 malim gunung Kinabalu membawa Jalur Gemilang dan Bendera Sabah untuk dikibarkan di Puncak Gunung Kinabalu bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Sempena KMJG 2025 poskad khas Pos Malaysia turut dibawa menggunakan peti pos altitud tertinggi di negara ini.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, kolaborasi bersama Taman-Taman Sabah dan Malim Gunung ini julung kali dilaksanakan agar usaha menyemarak sambutan Hari Kebangsaan lebih meluas.

"Mungkin kita cuba di tahun-tahun akan datang sekiranya kita mempunyai peluag dan kita dapat berkolaborasi lagi dengan Taman-Taman Sabah ataupun mana-mana agensi, jabatan termasuk sektor swasta untuk sama-sama mendaki Gunung Kinabalu.

"Kita sendiri yang akan pacakkan Jalur Gemilang dan juga bendera Sabah dan mungkin kita sendiri juga yang akan menghantar poskad khas sekali lagi," katanya.

Beliau yang juga ketua KMJG 2025 ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang, Bendera Sabah dan Poskad Khas Hari Kebangsaan di Taman Kinabalu, di sini.

Malim gunung yang ditemui bukan sahaja teruja meraikan kunjungan KMJG ke Taman Kinabalu, malah berbangga inisiatif dilaksanakan peserta KMJG.

Malim Gunung, Danson Bulangai berkata, ia merupakan Sstu kelebihan kepada mereka dan berbangga diberikan peranan membawa Jalur Gemilang untuk dipacaklan di Gunung Kinabalu.

"Bukan selalu kami dapat dan perasaan bangga itu memang ada dalam diri kami diberi peluang seperti iniKalau kita lihat sekarang pelancong pun membawa memegang bendera kita, membawa bersama-sama," katanya.

Hari ke-16 perjalanan KMJG 2025 menelusuri hampir 2,000 kilometer, berbaki tiga hari perjalanan sebelum tiba ke destinasi terakhir di Sabah iaitu Tuaran.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI