Tukang kebun didakwa bunuh teman lelaki bekas kekasih di Kampung Gajah

Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifly, 30 didakwa membunuh Muhammad Fahmi Abdullah, 29 di Kampung Gajah/ BERNAMA

BATU GAJAH, 18 Jun – Seorang tukang kebun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Kampung Gajah, minggu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifly, 30, didakwa membunuh Muhammad Fahmi Abdullah, 29, antara 4.30 pagi hingga 5.49 pagi pada 10 Jun lalu.
  • Polis mendapati tertuduh dipercayai mengugut dan merogol bekas teman wanita sebelum pergaduhan yang menyebabkan kematian; disiasat di bawah Seksyen 302 dan 376.
  • Polis menahan tertuduh di Terminal Bas Perlis Sentral kurang 24 jam selepas kejadian dan menemui sebilah pisau dipercayai berkaitan kes.

Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifly, 30, didakwa membunuh Muhammad Fahmi Abdullah, 29, antara 4.30 pagi hingga 5.49 pagi pada 10 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Utama, Jalan Trans Perak dalam daerah Kinta.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 20 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan bedah siasat. Sementara itu, tertuduh turut dijadualkan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini bagi satu lagi pertuduhan berkaitan cubaan merogol.

Bagaimanapun, prosiding berkenaan ditangguhkan ke petang ini. Sebelum ini, polis menahan tertuduh di Terminal Bas Perlis Sentral, Kangar, Perlis, kurang 24 jam selepas kejadian dan menemukan sebilah pisau yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata siasatan mendapati tertuduh dipercayai mengugut dan merogol bekas teman wanitanya sebelum berlaku pergaduhan yang menyebabkan kematian mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.