
JOHOR BAHRU, 18 Jun – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan 73 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Op Sapu yang dijalankan di beberapa premis sekitar Johor Bahru pada 16 Jun lalu.
- Operasi menyasarkan rumah kediaman dan rumah kedai dipercayai dijadikan penempatan PATI.
- Beberapa individu cuba melarikan diri dan bersembunyi namun berjaya dikesan serta ditahan.
- Tahanan termasuk warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India; berumur 10 bulan hingga 40 tahun, tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
- Semua ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan memaklumkan, perasi menyasarkan rumah kediaman dan rumah kedai dipercayai dijadikan penempatan PATI.
“Beberapa individu dipercayai cuba melarikan diri selain bersembunyi bagi mengelak pemeriksaan, namun berjaya dikesan dan ditahan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada enam belas lelaki, 22 wanita dan seorang kanak-kanak warga Indonesia, lima lelaki, 22 wanita dan dua orang kanak-kanak Myanmar, empat lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga India,” menurut kenyataan itu.
Semua tahanan berusia antara 10 bulan hingga 40 tahun, dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
Kesemua PATI ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika, untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.