
BATU PAHAT, 4 Oktober – Tiga pelajar berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Yong Peng, semalam.
- Mayat pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemui kira-kira jam 5.30 petang di sekolah.
- Mangsa ditemukan oleh neneknya di kawasan sekolah selepas tidak pulang dari kelas tambahan.
- Polis dijangka memohon perintah reman terhadap salah seorang suspek di Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini.
- Polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan, kes masih dalam siasatan.
Ketiga-tiga suspek ditahan beberapa jam selepas mayat mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16 tahun, ditemukan kira-kira jam 5.30 petang.
Polis dijangka memohon perintah reman terhadap seorang daripada suspek di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi ini.
Dalam kejadian itu, mangsa ditemukan neneknya di kawasan sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan.
Bagaimanapun, setakat ini media masih menunggu maklumat lanjut daripada polis berhubung tangkapan dan permohonan reman berkenaan.
Polis Daerah Batu Pahat dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan kes itu dalam masa terdekat.
Kes masih dalam siasatan pihak polis.