Kualiti udara merosot, Pasir Gudang catat IPU sangat tidak sihat

Keadaan jerebu di Johor beberapa hari lalu / Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Kualiti udara negara semakin merosot apabila Stesen Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 207 pagi ini, sekali gus memasuki kategori sangat tidak sihat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa stesen di Johor, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat.
  • Secara keseluruhan 30 stesen merekodkan bacaan tidak sihat, manakala 37 stesen berada pada tahap sederhana.
  • Menurut klasifikasi APIMS, IPU 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Larkin merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 194, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (189), Johan Setia, Selangor (185), serta Klang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan yang masing-masing mencatatkan bacaan 181.

Di Melaka, Bandaraya Melaka merekodkan bacaan 179, diikuti Bukit Rambai (178) dan Alor Gajah (172).

Sementara itu, stesen di Johor yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Pengerang (177), Batu Pahat (172), Kluang (171), Kota Tinggi (164), Tangkak (163) dan Segamat (160).

Di Selangor, Petaling Jaya mencatatkan bacaan 173, manakala Shah Alam merekodkan 171.

Stesen lain yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Putrajaya (174), Port Dickson, Negeri Sembilan (172), Batu Muda, Kuala Lumpur (170), Seri Manjung, Perak (169) dan Cheras, Kuala Lumpur (168).

Secara keseluruhan, 30 stesen merekodkan bacaan IPU tidak sihat, manakala 37 stesen lagi berada pada tahap sederhana.

Taiping, Perak mencatatkan bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu 99.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana. Bacaan antara 201 hingga 300 pula dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.