Pegawai Kastam maut dibunuh suami di Kuarters KLIA

Foto BERNAMA

NILAI, 16 Oktober – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh oleh suaminya dalam satu kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak polis menerima maklumat berhubung insiden kira-kira pukul 8.30 malam.
  • Suspek menyerah diri di balai polis sejurus selepas kejadian dan dibawa semula ke tempat kejadian untuk membantu siasatan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan; siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti motif dan masa kejadian.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung insiden berkenaan kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurut beliau, suspek yang merupakan suami mangsa telah menyerahkan diri di balai polis sejurus selepas kejadian tersebut berlaku.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta mengesahkan waktu tepat insiden berkenaan berlaku. Suspek turut dibawa semula ke tempat kejadian bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Maklumat terperinci berhubung kes berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya,” ujarnya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.