Raja Muda Perlis seru calon SPM 2026 perkukuh disiplin, latihan

Tuanku Syed Faizuddin berkenan berswafoto bersama-sama peserta program / Foto RTM

ARAU, 16 Oktober – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Perlis diseru menetapkan sasaran jelas, memperkukuh disiplin serta melakukan latihan secara konsisten.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tetapkan sasaran jelas, kukuhkan disiplin dan jalani latihan konsisten untuk mengekalkan fokus serta membina keyakinan menghadapi SPM.
  • Persediaan menyeluruh diperlukan termasuk akademik, kesihatan fizikal, kesejahteraan emosi dan ketahanan mental bagi mencapai kecemerlangan.
  • Sokongan berterusan keluarga dan guru penting membantu pelajar mengurus tekanan serta cabaran sepanjang tempoh persediaan peperiksaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pendekatan itu penting bagi membantu pelajar mengekalkan fokus, membina keyakinan dan memperoleh kejayaan yang membanggakan diri, keluarga serta negeri Perlis.

Baginda turut menekankan kecemerlangan memerlukan persediaan menyeluruh bukan sahaja dalam aspek akademik, malah merangkumi kesihatan fizikal, kesejahteraan emosi dan kekuatan mental.

“Sokongan berterusan daripada keluarga serta guru juga penting dalam membantu pelajar menghadapi tekanan dan cabaran sepanjang tempoh persediaan peperiksaan,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Orientasi Pembelajaran Cemerlang untuk Pelajar Terbaik/Cemerlang dan Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Negeri Perlis 2026 di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra.

Program tahunan itu dianjurkan bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta UniMAP.

Tujuan utamanya ialah memperkukuh prestasi pembelajaran dan kecemerlangan akademik peserta terpilih sebagai persediaan menghadapi SPM 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.