Kerjasama ibu bapa, pengajar bantu kecemerlangan pelajar KV

Logo KV Kangar

KANGAR, 16 Oktober – Kerjasama erat antara ibu bapa dan tenaga pengajar penting bagi meningkatkan pencapaian akademik serta kemahiran pelajar Kolej Vokasional Kangar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Interaksi dua hala membantu mengenal pasti prestasi dan masalah pelajar awal untuk merangka strategi pembelajaran sesuai.
  • Kolej membuka ruang dan peluang meningkatkan pencapaian mengikut bidang hingga ke peringkat Diploma Vokasional.
  • Program melibatkan pelajar dan waris berkongsi dengan pengajar bagi meningkatkan akademik, kemahiran dan mencapai sasaran gred.

Pengarah Kolej Vokasional Kangar, Zazlan Darus berkata, interaksi dua hala membolehkan prestasi dan permasalahan pelajar dikenal pasti lebih awal, sekali gus membantu merangka strategi pembelajaran bersesuaian.

“Pihak kolej sentiasa membuka ruang dan peluang kepada setiap pelajar untuk meningkatkan pencapaian mengikut bidang masing-masing sehingga ke peringkat Diploma Vokasional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Prestasi Intervensi Pelajar Sijil Vokasional Malaysia Semester 2/2026 di Kolej Vokasional Kangar, di sini.

Program itu melibatkan para pelajar bersama waris masing-masing sebagai wadah perkongsian dengan tenaga pengajar bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran serta mencapai sasaran gred ditetapkan.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG) Kolej Vokasional Kangar, Shabri Omar serta ahli jawatankuasa MPIBG.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.