Jerebu: Ujian Akhir Sesi Akademik ditangguh

Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadual berlangsung pada minggu hadapan, ditangguhkan susulan situasi jerebu yang masih melanda negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • KPM maklum UASA adalah pentaksiran kendalian sekolah dan sekolah diberi ruang menyusun semula jadual pelaksanaan.
  • Jadual baharu pelaksanaan akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga oleh pihak sekolah.
  • KPM menegaskan kesihatan serta keselamatan murid diutamakan sambil memastikan pentaksiran dilaksanakan secara teratur.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap kesihatan anak-anak, khususnya mereka yang perlu hadir ke sekolah bagi menduduki pentaksiran berkenaan.

“UASA merupakan pentaksiran kendalian sekolah, justeru pihak sekolah diberikan ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaannya.

“Jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga oleh pihak sekolah kelak,” menurut kementerian itu.

KPM turut memahami dilema ibu bapa yang mahu melindungi kesihatan anak-anak, namun pada masa sama, bimbang ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan mereka terlepas pentaksiran.

Kementerian menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan murid akan terus menjadi keutamaan, di samping memastikan pentaksiran dapat dilaksanakan secara teratur.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.