
PASIR GUDANG, 16 Oktober -Sebanyak 95 peratus kebakaran terbuka membabitkan longgokan kayu dan boya di Kampung Pasir Putih, di sini berjaya dipadamkan, setakat pukul 7 pagi tadi.
- Kebakaran melibatkan longgokan kayu dan boya seluas kira-kira 1.39 hektar, bermula malam 14 Oktober.
- Operasi melibatkan 26 pegawai dan anggota bomba serta bantuan 17 anggota agensi luar.
- Dua jengkaut membantu pemadaman dan unit dron dikerahkan untuk mengesan kawasan yang masih mempunyai haba.
- Sumber air laut digunakan, operasi dilaksanakan berperingkat di tiga seksyen; tiada mangsa dilaporkan, pemantauan diteruskan.
Kebakaran seluas kira-kira 1.39 hektar itu bermula malam 14 Oktober lepas, dengan operasi pemadaman kini memasuki fasa menumpukan lokasi yang masih mempunyai haba.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerusi hantaran di laman Facebook, operasi melibatkan 26 pegawai dan anggota bomba serta bantuan 17 anggota agensi luar.
“Dua jengkaut digunakan bagi membantu operasi pemadaman, manakala unit dron bomba digerakkan untuk mengesan kawasan yang masih mempunyai haba menerusi imej terma.
“Sumber air laut turut digunakan bagi menyokong operasi, yang dilaksanakan secara berperingkat di tiga seksyen.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pemantauan diteruskan sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya,”menurut hantaran berkenaan.