
NIBONG TEBAL, 16 Oktober – Mahkamah Majistret Jawi menetapkan 1 Februari 2027 sebagai tarikh perbicaraan kes aktivis Arun Dorasamy berhubung pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam menerusi media sosial, tahun lepas.
- Jabatan Peguam Negara menolak representasi pihak pembelaan pada Julai lepas.
- Pendakwaan memaklumkan akan memanggil tujuh saksi untuk memberi keterangan.
- Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan video di aplikasi WhatsApp.
- Tertuduh didakwa memuat naik video di Instagram berbaur hasutan yang dipercayai menimbulkan kegentaran awam.
Keputusan dicapai selepas Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin memberitahu Majistret Balqis Roslin bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menolak representasi pihak pembelaan, Julai lepas.
Pihak pendakwaan juga memaklumkan bakal memanggil tujuh saksi bagi memberi keterangan pada perbicaraan kelak.
Pada Mac lepas, Arumugam Dorasamy, 56 tahun dituduh mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi Whatsapp.
Tertuduh didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video dimuat naik di Instagram miliknya yang dipercayai mengakibatkan kegentaran awam.