
KUALA LIPIS, 7 Julai – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan pacuan empat roda berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta, Kuala Lipis, pagi tadi.
- Mangsa maut ialah Mohd Khair Zainudin, 55, dan Norzaili Khalil, 49.
- Kejadian kira-kira 6.21 pagi; pemandu ditemui di luar, penumpang hadapan tersepit dan dikeluarkan oleh bomba dengan peralatan khas.
- Dua penumpang pacuan empat roda cedera dan dibawa ke hospital; mayat dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat, punca disiasat.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, dalam kejadian kira-kira 6.21 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Mohd Khair Zainudin, 55 tahun, dan penumpang hadapan, Norzaili Khalil, 49 tahun.
Pemandu ditemukan di luar kenderaan, manakala penumpang hadapan tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan penyelamat khas.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.
Sementara itu, dua individu yang menaiki pacuan empat roda mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.
Punca kemalangan masih dalam siasatan.