Terima kasih Cik Man ‘warnai’ dunia seni

Allahyarham Kamarool meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan takziah atas pemergian pelakon veteran, Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan takziah dan memuji sumbangan seni Allahyarham Cik Man.
  • Dikenali melalui watak Farouk dalam Gila-Gila Remaja dan watak ikonik Cik Man dalam Rock Oo!
  • Jasa serta karyanya mewarnai dunia seni dan terus hidup dalam ingatan generasi demi generasi.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Fahmi mengakui peminat filem Melayu khususnya era 1980-an pasti mengingati lakonan berkesan Allahyarham Cik Man menerusi watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja.

“Allahyarham yang turut dikenali menerusi watak ikonik “Cik Man” dalam filem Rock Oo!, merupakan seorang anak seni yang amat disegani bukan sahaja dalam industri lakonan, malah seluruh pencinta seni tanah air.

“Terima kasih Farouk/Cik Man kerana telah mewarnai dunia seni dan mencipta begitu banyak kenangan indah buat generasi demi generasi.

“Jasa, sumbangan serta karyamu akan terus hidup dalam ingatan kami.

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Allahyarham Kamarool meninggal dunia petang tadi pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.