Sambutan luar biasa, tiket konsert ‘Mangu KL’ hampir habis

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Bahang Konsert ‘Mangu di Kuala Lumpur’ semakin terasa apabila jualan tiket kini memasuki fasa akhir, dengan kebanyakan kategori hampir habis dijual menjelang penganjurannya pada 15 Ogos ini di Zepp Kuala Lumpur.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiket beberapa kategori, termasuk zon berdiri dan tempat duduk premium, hampir habis akibat sambutan luar biasa.
  • Persembahan utama Ari Lesmana bersama DJ Firza, dengan penampilan khas Enau dan MC Millvrd, menjanjikan malam penuh tenaga.
  • Peminat disaran segera membeli tiket melalui portal rasmi sahaja untuk elak penipuan dan ulat tiket.

Penganjur, Rockstage Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan sambutan luar biasa daripada peminat menyebabkan beberapa kategori tiket termasuk zon berdiri dan tempat duduk premium hampir kehabisan.

Konsert itu dijangka menjadi antara acara muzik paling dinanti, menampilkan penyanyi Ari Lesmana yang bakal menghangatkan pentas bersama DJ Firza. Turut memeriahkan persembahan ialah penampilan khas Enau dan MC Millvrd.

Menurut Rockstage Entertainment, orang ramai yang masih belum mendapatkan tiket disaran bertindak segera bagi mengelakkan kekecewaan, susulan permintaan yang terus meningkat.

Dalam masa sama, penganjur mengingatkan peminat supaya membeli tiket hanya melalui portal rasmi bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan atau pembelian daripada ulat tiket.

Konsert ‘Mangu di Kuala Lumpur’ akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur dengan pintu dibuka seawal pukul 7 malam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.