
PUTRAJAYA, 6 Ogos – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, diberi amanah untuk berkhidmat sebagai Penyelaras Parlimen Ampang bagi memastikan penyampaian bantuan dan kebajikan kepada penduduk kawasan itu dilaksanakan secara lebih tersusun, cekap dan berkesan.
- Beliau dan pasukan komited melaksanakan tugas dengan tanggungjawab, profesionalisme dan integriti demi kebajikan rakyat Ampang.
- Permohonan bantuan kebajikan Parlimen Ampang boleh dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri untuk penyelarasan.
- Akan menyelaras usaha bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan agensi berkaitan bagi penyampaian inisiatif yang lebih berkesan.
- Penyampaian bantuan dikoordinasikan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin masyarakat dan pihak berkaitan untuk memastikan kebajikan diberi perhatian.
Menurut Datuk Azman, beliau bersama pasukan komited melaksanakan amanah itu dengan penuh tanggungjawab, profesionalisme dan integriti demi memastikan kebajikan rakyat Ampang terus menjadi keutamaan.
“Sebarang permohonan bantuan berkaitan kebajikan penduduk Parlimen Ampang boleh dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri untuk tindakan penyelarasan,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga akan menyelaras usaha bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta agensi kerajaan berkaitan supaya setiap inisiatif dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
“Penyampaian bantuan turut akan dikoordinasikan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri di Parlimen Ampang, pemimpin masyarakat dan pihak berkaitan bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian,” katanya.