JPA buka permohonan Dermasiswa B40 kepada lepasan SPM

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 5 Ogos – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berkelayakan melanjutkan pengajian di peringkat diploma di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Permohonan dibuka 3 hingga 16 Ogos melalui Portal Penajaan JPA.
  • Program DB40 memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar keluarga B40 melalui dermasiswa tajaan kerajaan.
  • Institusi terlibat: UA, Politeknik, institusi TVET MARA dan ILKA; bidang Kejuruteraan, TVET, Sains Sosial, Sains, Seni Bina.
  • Kelayakan: warganegara, pendapatan per kapita B40 RM5,249 ke bawah, tiada penyakit kronik, tiada senarai hitam; semakan eSILA sehingga 12 Ogos 2026.

Menurut kenyataan JPA, permohonan dibuka mulai 3 Ogos, pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang, 16 Ogos menerusi Portal Penajaan JPA.

Program DB40 merupakan inisiatif kerajaan bagi memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar daripada keluarga B40 melalui tajaan berbentuk dermasiswa.

Antara institusi yang terlibat ialah Universiti Awam (UA), Politeknik, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Bidang pengajian yang ditawarkan merangkumi Kejuruteraan dan Teknologi, TVET, Sains Sosial dan Sastera, Sains serta Seni Bina.

Bagi melayakkan diri, pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menduduki peperiksaan SPM 2025 buat kali pertama, berumur di bawah 19 tahun atau di bawah 20 tahun bagi pelajar aliran peralihan serta mempunyai pendapatan per kapita keluarga dalam kategori B40, iaitu RM5,249 sebulan dan ke bawah.

Selain itu, pemohon perlu bebas daripada penyakit kronik atau penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan pengajian.

Ibu bapa dan/atau pemohon juga tidak boleh disenarai hitam atau sedang berdepan tindakan undang-undang oleh JPA.

Semakan status senarai hitam boleh dibuat melalui sistem eSILA sehingga 12 Ogos 2026.

JPA menggalakkan semua lepasan SPM 2025 yang memenuhi syarat supaya mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bagi merebut peluang melanjutkan pengajian dengan tajaan kerajaan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-8000 8000 atau menerusi e-mel dermasiswa2026@jpa.gov.my pada waktu pejabat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.