Kanak-kanak autisme ditemukan lemas

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi 

KEMAMAN, 5 Ogos – Seorang kanak-kanak autisme ditemukan lemas selepas dihanyutkan ombak ketika berada di tepi Pantai Kuala Kerteh, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa ditemukan lemas pada jarak 30 meter dari lokasi terakhir.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi; dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
  • Operasi menyelamat dijalankan bomba, polis dan penduduk kampung; menghadapi kesukaran akibat arus laut kuat semasa air pasang.

Mangsa, Muhammad Syahmi Farhan Mohd Firdaus, 6 tahun ditemukan lemas pada jarak 30 meter dari lokasi terakhir.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli ketika mengesahkan kes memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

“Operasi menyelamat dijalankan sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh dibantu polis serta penduduk kampung.

“Operasi mencari berdepan sedikit kesukaran berikutan arus laut yang agak kuat ketika air laut mula pasang,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.