SPRM sambung rakam percakapan bekas CFO berkait penemuan RCI TH

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 5 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini meneruskan rakaman percakapan seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman percakapan hari kedua berlangsung lebih enam jam dan selesai sekitar jam 5 petang.
  • Proses itu diteruskan untuk melengkapkan siasatan berhubung hasil penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.
  • Hanya bekas Ketua Pegawai Kewangan hadir hari ini manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif tidak dapat hadir kerana faktor kesihatan.
  • Rakaman percakapan akan diteruskan untuk hari ketiga pada pukul 10 pagi esok.

Rakaman percakapan yang dijalankan di Ibu Pejabat SPRM di sini berlangsung lebih enam jam dan merupakan hari kedua proses tersebut selepas individu berkenaan dibebaskan semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, bekas pegawai kanan itu tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 10.30 pagi bagi menyambung rakaman percakapannya.

Beliau berkata, rakaman percakapan itu diteruskan bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan susulan penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

“Hari ini merupakan hari kedua rakaman percakapan individu ini diambil selepas dibebaskan semalam.

“Rakaman percakapan terhadap individu ini diteruskan bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan berhubung hasil penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan selesai kira-kira jam 5 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hanya bekas CFO hadir untuk rakaman percakapan hari ini, manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Rakaman percakapan terhadap bekas CFO itu akan diteruskan untuk hari ketiga pada pukul 10 pagi esok.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.