Malaysia teliti amalan terbaik Singapura bagi penganjuran F1 di Sepang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Grand Prix Singapura, Michael Roche, di sini / Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Malaysia akan meneliti pengalaman serta amalan terbaik Singapura bagi memastikan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini berlangsung cemerlang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Grand Prix Singapura, Michael Roche.
  • Penganjuran dijangka beri limpahan ekonomi menerusi peningkatan pelancongan, peluang pekerjaan, perniagaan dan pengukuhan keyakinan pelabur.
  • Acara ini diyakini menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Kerajaan komited memastikan piawaian antarabangsa, memperkukuh Malaysia sebagai hab sukan permotoran serantau dan berkongsi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Pengarah Eksekutif Grand Prix Singapura, Michael Roche, di sini, pada Rabu.

“Penganjuran bertaraf dunia itu dijangka memberi limpahan besar kepada ekonomi menerusi peningkatan aktiviti pelancongan, peluang pekerjaan dan perniagaan, selain mengukuhkan keyakinan pelabur.

Ia juga diyakini mampu menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Datuk Seri Anwar lagi, kerajaan komited memastikan penganjuran berkenaan memenuhi piawaian antarabangsa, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab sukan permotoran serantau.

Beliau juga mahu manfaat penganjuran itu dinikmati secara meluas oleh rakyat dan ekonomi negara.

Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.