Suspek kes tikam di sekolah direman empat hari

Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga tiba di Mahkamah Majistret Telok Datok pagi tadi/Foto BERNAMA 

KUALA LANGAT, 7 Julai – Remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting direman empat hari bermula hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Banting.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
  • Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan mengesahkan suspek merupakan OKU autisme.

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat bagi membolehkan polis meneruskan siasatan terhadap suspek.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok kira-kira pukul 8.08 pagi tadi untuk proses permohonan reman.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmarizal Radzi sebelum ini mengesahkan suspek ditahan semalam sujurus selepas kejadian berkenaan.

Mangsa yang juga berusia 15 tahun mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Banting.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S. Vijeswari Devi mewakili suspek pada hari ini turut mengesahkan anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.