
JOHOR BAHRU, 7 Julai – Cubaan memindahkan minyak sawit mentah tanpa dokumen daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), gagal selepas kegiatan berkenaan dikesan Pasukan Polis Marin, PPM Wilayah 2.
RINGKASAN BERITA AI
- Dua individu ditahan, rampasan termasuk lori bernilai lebih RM229,000.
- 295 kotak minuman keras dirampas dalam serbuan di Taman Universiti, Skudai, bernilai RM309,917.
- Semua barang tidak berkastam; seorang warga Sri Lanka dipercayai penjaga premis ditahan.
Menurut kenyataan Komander PPM Wilayah 2, ACP Noor Azman Jamal dua individu ditahan bersama rampasan termasuk lori dengan jumlah lebih RM229,000.
Dalam kes berasingan, beliau turut memaklumkan 295 kotak mengandungi minuman keras bernilai RM309,917 dirampas menerusi serbuan di sebuah premis dekat Taman Universiti, Skudai.
Kesemua barang kes itu tidak berkastam dan seorang warga Sri Lanka, dipercayai penjaga premis, ditahan.