Sindiket dadah tumpas babitkan rampasan cecair dadah RM34.31 juta

Stor penyimpanan barang dan rumah kediaman dijadikan transit

PADANG BESAR, 7 Julai – Sindiket pengedaran dadah di Perlis tumpas, selepas pihak berkuasa berjaya merampas cecair dadah bernilai RM34.31 juta ringgit dan menahan tiga individu dalam serbuan berasingan, minggu lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penahanan tiga suspek: seorang wanita warga Thailand dan dua lelaki tempatan berusia antara 38 hingga 68 tahun.
  • Serbuan 1 Julai di Kampung Panggas, Padang Besar merampas 172 kotak, 75,540 kartrij, 188.85 liter cecair disyaki Furanylfentanyl.
  • Serbuan 2 Julai di Kampung Guar Musang, Bukit Keteri tahan seorang lelaki dan rampas 35 kotak, 21,000 kartrij, 39.9 liter.
  • Sindiket dipercayai menggunakan stor dan rumah kediaman sebagai transit; semua suspek direman di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim ketika berkongsi kejayaan pihaknya memberitahu tiga individu yang ditahan merupakan seorang wanita warga Thailand serta dua individu tempatan berusia antara 38 hingga 68 tahun.

“Pihak kami juga kini giat meneruskan siasatan bagi mengesan seorang lagi suspek.

“Dalam serbuan pertama pada 1 Julai, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Arau dan Padang Besar menahan seorang wanita warga Thailand berusia 38 tahun di Kampung Panggas, Padang Besar dan merampas 172 kotak berisi 75,540 katrij mengandungi dadah disyaki jenis Furanylfentanyl seberat 188.85 liter dengan anggaran RM 28.33 juta.

“Hasil siasatan lanjut membawa kepada serbuan kedua di Kampung Guar Musang, Bukit Keteri pada 2 Julai menerusi penahanan seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun bersama barang kes iaitu 35 kotak mengandungi 21,000 kartrij disyaki berisi dadah sama sebanyak 39.9 liter,”katanya dalam sidang media.

Beliau turut memaklumkan serbuan ketiga sekitar Ulu Pauh, Arau pula melibatkan penahanan seorang warga tempatan dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan.

“Sindiket dipercayai menggunakan stor penyimpanan barang dan rumah kediaman sebagai transit sebelum dihantar ke negara jiran.

“Kesemua tiga individu berkenaan direman hingga esok bagi membolehkan siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.