Penolong jurutera mengaku tidak bersalah lima pertuduhan rasuah RM12,200

Tertuduh, Yusri Yunis, 51, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas lima pertuduhan rasuah

KUALA TERENGGANU, 27 Julai- Seorang Penolong Jurutera di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM12,200.

RINGKASAN BERITA AI
  • Didakwa menerima wang suapan antara RM1,300 hingga RM5,000 melalui pemindahan ke akaun bank daripada dua kontraktor yang mempunyai urusan rasmi.
  • Kesalahan didakwa berlaku antara Januari 2015 hingga Mei 2016 melibatkan kerja-kerja di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan.
  • Mahkamah membenarkan jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, sebutan semula ditetapkan 17 Ogos dan didakwa di bawah Seksyen 165.

Tertuduh, Yusri Yunis, 51 tahun, didakwa menerima wang suapan antara RM1,300 hingga RM5,000 melalui transaksi ke akaun bank miliknya daripada dua kontraktor yang mempunyai urusan rasmi dengan Majlis Perbandaran Kemaman.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2015 hingga Mei 2016 membabitkan kerja-kerja di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Hakim Tuan Azman Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Amalina Najwa Mohd Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nur Faid Afiq Aziz.

Mahkamah menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.