Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kg. Seberang Alor

Antara rumah yang musnah seratus peratus dalam kebakaran awal pagi tadi./ RTM

KUALA PERLIS, 13 Jun – Lapan rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis, dekat sini awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan diterima pada 3.38 pagi; jentera BBP tempatan tiba dua minit kemudian.
  • Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dan empat sumpitan.
  • Operasi turut dibantu BBP Kangar serta Pasukan Bomba Sukarela Simpang Empat, Padang Besar dan Pauh.
  • Kebakaran dikawal pada 4.40 pagi dan tamat pada 8.13 pagi; tiada kecederaan; forensik menyiasat punca dan kerugian.

Pengarah Bomba Perlis Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.38 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan lapan rumah kelas B dan sebuah motosikal yang kemusnahan 100 peratus. Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dan empat sumpitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi memadam kebakaran itu turut dibantu BBP Kangar dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpang Empat, Padang Besar, Kuala Perlis dan Pauh sehingga operasi selesai.

Operasi tersebut berjaya mengawal kebakaran pada 4.40 pagi sebelum tamat pada 8.13 pagi.

Menurut kenyataan itu lagi, insiden tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Pasukan forensik, katanya, sedang membuat siasatan bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.