
PASIR MAS, 13 Jun – Cubaan menyeludup 200 unit peranti rokok elektronik atau vape bernilai RM20,000 ke Thailand gagal apabila penyeludup bertindak melarikan diri menaiki perahu selepas menyedari kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Haram Pok Dik, Bakong, malam semalam.
- Rampasan dibuat kira-kira jam 7.30 malam menerusi Op Taring Wawasan, menurut Komander Briged Tenggara PGA.
- Barang ditemui dalam 20 kotak mengandungi peranti vape pelbagai perisa termasuk peach strawberry, watermelon dan watermelon bubblegum.
- Semua barang diserahkan kepada JKDM Rantau Panjang dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan dilakukan kira-kira 7.30 pagi menerusi Op Taring Wawasan.
Beliau berkata, beberapa lelaki sedang memasukkan kotak-kotak dari tebing sungai sebelah Malaysia ke dalam sebuah perahu sebelum mereka melarikan diri ke arah Thailand.
“Hasil pemeriksaan di lokasi menemui 20 kotak mengandungi 200 unit peranti vape pelbagai perisa yang ditinggalkan di tepi sungai dengan nilai keseluruhan RM20,000.
“Rampasan itu membabitkan 70 unit peranti vape perisa peach strawberry, 110 unit perisa watermelon dan 20 unit perisa watermelon bubblegum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Radzi berkata, peranti vape itu dipercayai cuba diseludup ke Thailand berikutan permintaan yang tinggi terhadap produk berkenaan di negara itu.
Katanya, semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.