Piala Dunia 2026: Belgium nyaris dimalukan Mesir

Foto REUTERS

SEATTLE, 16 Jun – Gol sendiri pemain Mesir, Mohamed Hany menyelamatkan maruah Belgium untuk mengikat keputusan seri 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan G, Piala Dunia di sini, semalam (Isnin).

RINGKASAN BERITA AI
  • Belgium terus dibelenggu tekanan selepas gagal menang dalam empat aksi terakhir Piala Dunia sejak edisi 2022.
  • Emam Ashour mengejutkan Belgium dengan rembatan kencang pada minit ke-30, menewaskan Thibaut Courtois.
  • Rudi Garcia memuji impak pemain, mengakui aksi pembukaan menentang pasukan terbaik Afrika sentiasa menjanjikan cabaran sengit.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pacific Northwest itu menyaksikan skuad bimbingan Rudi Garcia buntu mencari kemenangan dalam empat aksi terakhir Piala Dunia mereka sejak edisi 2022 di Qatar, sekali gus meletakkan tekanan kepada skuad yang digelar ‘Generasi Emas’ itu.

Pada perlawanan tersebur, Belgium hampir membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi pemain tengah, Kevin De Bruyne, namun rembatan bekas pemain Manchester City itu sedikit tersasar.

Bagaimanapun, juara Afrika tujuh kali, Mesir terlebih dahulu mengejutkan gergasi Eropah itu apabila Emam Ashour melepaskan rembatan kencang k pada minit ke-30, sekali gus menewaskan penjaga gol, Thibaut Courtois untuk meletakkan “The Pharaohs” di hadapan sebelum waktu rehat rehat.

Bersambung babak kedua, De Bruyne sekali lagi hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang melepasi benteng Mesir.

Namun, rembatan berkenaan sekadar menggegar tiang gol,

Melihat jentera serangan yang buntu, Garcia melakukan pertukaran pada minit ke-65 dengan membawa masuk penjaring terbanyak sepanjang zaman Belgium, Lukaku.

Kemasukan Lukaku itu ternyata membuahkan hasil apabila kehadiran fizikalnya di mengucar-kacirkan pertahanan Mesir dan menyebabkan Hany, melakukan kesilapan apabila tidak sengaja menolak bola ke gawang sendiri untuk gol penyamaan Belgium.

Mesir kemudiannya mengeluarkan Salah, yang menyambut hari lahirnya yang ke-34 pada isnin, pada baki 15 minit terakhir perlawanan bagi mengukuhkan pertahanan untuk memastikan mereka meraih satu mata berharga.

Mesir yang masih memburu kemenangan sulung di pentas Piala Dunia selepas empat penampilan akan meneruskan kempen Kumpulan G menentang Iran dan New Zealand.

Sementara itu, Garcia dalam reaksi selepas perlawanan memuji impak yang dibawa oleh pemain dan mengakui aksi pembukaan menentang pasukan terbaik Afrika sentiasa menjanjikan cabaran yang sengit. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.